Sunday, 28 September 2014

MESTI BACA !! Tanda-Tanda Perempuan Sudah Hilang Dara Sebelum Kahwin


Disini ingin dikongsikan beberapa tanda seorang perempuan atau anak gadis yang sudah pun kehilangan dara. Sememangnya dara amat penting untuk menentukan kesucian wanita.
Artikel ini telah pun dikongsikan dilaman facebook yang menjadi topik hangat. Apapun, teori ini tidak boleh dipercayai 100 peratus kerana berkemungkinan artikel ini ditulis hanya untuk menakutkan wanita supaya menjauhi zina.


Sekadar Gambar Hiasan

Tanda-tanda perempuan sudah hilang dara ?





1. DAHI

Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu melakukan hubungan seksual, licinnya hilang, malah yang timbul kedutan (garis2) yang kadangkala nampak kadangkala tidak ketika sedang bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang disebabkan faktor usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap, manakala kedutan disebabkan faktor usia sentiasa nampak jelas dan kekal.

2 HIDUNG

Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, terkadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat. kalau tak percaya, cuba lihat hujung hidung anak gadis, merahkan.? Bagi lelaki yang suka merosakkan kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh karena itu disebut lelaki hidung belang. Wallahualam..

3. MATA

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati….. Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantik ke, seksi ke, menghairahkan ke, dan lain-lain. Selalunya kita memandang wanita cantik hanya dibahagian luar saja, tapi bahagian dalamnya sudah rosak, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak, cubalah tengok matanya. Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam bererti gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam yang menunjukkan tidak suci nampak seperti garis-garis hitam di bawah kelopak mata di samping warna hitam di bawah kelopak mata sedikit kelihatan berkedut (berkeriput).

4. BUAH DADA

Peranan buah dada memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti bahawa gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurang dan membesar sedikit daripada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih kendur. Perhatikan gadis ketika berjalan atau berlari, bergerak-gerak dan melambung jatuh (ke bawah) dan berbuai sekali bererti ketegangan sudah hilang. Kalau belum pernah kena sentuhan, walaupun buah dada berbuai disaat berlari tetapi buaiannya tidak terlalu melambung-lambung bererti ketegangan masih ada.
Puting buah dada yang pernah kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat persembunyiannya. Buah dada yang selalu kena ramas akan menjadi lebih besar, dan jangan menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kena ramas. Sebab, buah dada yang besar kena ramas dan yang besar kerana faktor semulajadi (alami) memang berbeza.

5. GARIS TAPAK TANGAN

Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak (pecah urat, urat-urat yang menyerupai retak), bukan kerana disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia (alergiC), bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua tapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnanya pucat tidak merah, jika dipicit terus ia menganjal balik. Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus-putus dibahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus-putus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat tapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya sekejap kira-kira satu minit. bila disaat mengenggam terasa panas (hangat) dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sangat walaupun ada rasa panas (hangat) bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah diserahkan pada lelaki lain.
Cuba pegang erat jari kelingkingnya kira-kira satu minit, kemudian lepaskan. tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang erat dan dilepaskan? Kalau ia menjawab tak ada rasa, mintalah maaf sajalah, kemungkinan ia sudah tidak suci lagi. Tetapi kalau ia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar-debar atau ada rasa sakit seperti berdenyut-denyut. nampaknya masih suci. (Yang menguji adalah orang laki-laki) ..(Pakai Sarung tangan.. aurat nak kena jaga ( ^_^ )

6. JARI TAPAK TANGAN

Dengan jari-jari lah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan. perempuan juga begitu. jari-jari adalah kawasan yang paling mudah untuk mengetahui gadis yang suci atau tidak. Caranya cukup mudah. terlebih dahulu berjabat tangan, ketika berjabat tangan ramas-ramaslah tangannya, kalau lelaki bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternodai. Apabila tangan dan jari-jari gadis itu boleh di ramas-ramas bererti peluang untuk memegang tempat-tempat yang lain sudah terbuka luas. Cuba jari-jari gadis itu di belai-belai dan di ramas-ramas dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu?
Sentuhan lelaki dijarinya memang memberi satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke daerah-daerah yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tak percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil berpegangan tangan. Bila anda ingin mengetahui gadis itu sudah terbiasa disentuh atau tidak, Cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, ketika bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah?, kalau dia terkejut dan berubah wajahnya, berkemungkinan besar dia masih suci. walaupun mungkin dia pernah berasmara (ringan-ringan), tapi mungkin belum sampai tertebuk daranya. Jika ketika jari kelingkingnya disentuh kemudian dia nampak macam biasa saja dan tak mahu bersuara, kemungkinan besar kesuciannya sudah tiada. Wallahualam..

7. PERUT

Peribahasa menyebut, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. begitulah kata peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah daranya, pasti pecah perut. Bila seseorang gadis pernah melakukan hubungan badan, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit.

8. RAMBUT

Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan dalam menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya kelihatan rapi, segar dan tidak kasar. manakala gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak bersemangat (kuyu).

9. BIBIR

Percaya atau tidak bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan membuat pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium. Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis pucat atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak nampak lebam dan bibirnya licin dan basah. Bibir yang pernah dicium akan nampak lebam-lebam sedikit walaupun hanya sekali saja, dan juga dapat mengubah bibirnya dimana terdapat garis-garis kasar yang memperindah bentuk bibir. Bila gadis itu tidak suci lagi, bahagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbahagi dua, retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi boleh dilihat jika diperhatikan betul-betul.

10. FARAJ

Ini sudah tentu hanya akan diketahui setelah bernikah. Permukaan gadis yang pernah melakukan hubungan badan, pintu kemaluannya tidak tertutup rapat, agak renggang sedikit dan lebih kembang. Kalau gadis yang masih perawan, kemaluannya sentiasa tertutup rapat. Sebenarnya selaput dara boleh dilihat terus kedalam kemaluan gadis. Bila kemaluan masih tertutup bererti gadis itu masih suci. Kalau lubang itu terbuka sedikit bererti gadis itu sudah tidak perawan lagi.

11. LEHER

Leher juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, ertinya perempuan itu pernah disentuh lelaki. Garis kedutnya bukan seperti garis kedutan akibat dah tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan putus-putus, bukan garis yang panjang. Kalau ingin melihat dengan jelas tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya. Lihatlah dengan cepat dan cermat.!. apabila gadis itu kerap keluar dengan lelaki, maka lehernya terdapat tanda-tanda hitam kecil diliang romanya dan warna pucat kecil seperti bintik-bintik. Adakalanya lubang dibulu roma nampak jelas di leher, ini juga bererti gadis itu selalu disentuh. Kalau gadis itu berleher panjang, cuba perhatikan dibahagian lehernya, jika terdapat garis-garis urat yang bersilang ertinya gadis itu masih suci. Jika terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini bererti perempuan itu sudah pernah beranak….

Saturday, 27 September 2014

inilah Akibatnya Kalau Wanita Tidak Memakai 'Seluar Dalam' Ketika Tidur


Isu yang cuba diketengahkan adalah mengenai akibat kalau wanita tidak memakai seluar dalam
ketika tidur. Namun realitinya, kebanyakkan wanita yang telah bersuami tahu akibatnya.

Jika ini tidak berlaku pada wanita itu, itu kena tanya sang suami nya. Jadi apakah yang berlaku?


Jom kita ikuti turutan gambar di bawah ini :









1. Wanita akan mengandung.








2. Lahirlah generasi warisan pasangan tersebut, itu lah jawapannya.




Betul ke? Lu pikir lah sendiri.
“Melihat ibu menderita akibat kanser payudara, membuatkan saya risau. Sebab itulah hingga kini, saya mengelak daripada tidur dengan memakai bra,” ujar seorang pelakon drama televisyen.
Kata-katanya yang mungkin didengari oleh jutaan penonton di Indonesia itu, seperti mengesahkan bahawa memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara. Akibatnya, ramai wanita mengelak daripada mengenakan bra ketika tidur.
Benarkah memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara? “Tidak benar. Memakai bra semasa tidur tiada kaitan dengan kanser payudara,” kata Dr. Febriansyah, seorang Doktor Pakar Sakit Puan di RSIA Kemang Medical Care, Kemang, Jakarta Selatan. Menurut beliau, tiada masalah untuk wanita mengenakan bra ketika tidur.
“Dengan syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak berdawai kerana bra seperti itu membuatkan payudara tertekan. Akibatnya, aliran darah tidak lancar sekali gus mempengaruhi kesihatan payudara,” jelas Dr. Febriansyah.
Beliau berkata, adalah lebih baik untuk tidak memakai pakaian dalam ketika tidur supaya darah dapat mengalir lebih lancar dan tubuh menjadi lebih relaks serta terasa lebih segar apabila bangun.
Tambah beliau, “Jika payudara tertekan, bra akan menghalang aliran darah sehingga mengakibatkan beberapa masalah seperti sengal dan sakit.”
Begitu juga dengan lelaki. Menurut Dr. Febriansyah, dakwaan mengatakan lelaki yang memakai seluar dalam ketika tidur berisiko menjadi mandul, adalah tidak benar.
“Seelok-eloknya, lelaki tidak memakai seluar dalam yang ketat ketika tidur. Tujuannya sama, supaya tiada tekanan pada alat kelamin dan darah dapat mengalir lancar,” ujar beliau.
Lelaki boleh memakai seluar semasa tidur, asalkan ia longgar seperti seluar boxer. Baik lelaki mahupun wanita, harus mengenakan pakaian longgar atau tidak terlalu ketat semasa tidur.
“Memakai seluar dalam yang terlalu ketat akan menyebabkan peredaran udara pada vagina seseorang wanita, terganggu. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah keputihan,” kata Dr. Febriansyah.
Selain longgar, lelaki mahu pun wanita harus memakai pakaian yang mampu menyerap peluh. “Ini kerana semasa tidur, tubuh manusia berpeluh.
Justeru, elakkanlah daripada memakai pakaian bahan poliester kerana bahan itu tidak menyerap peluh,” tegas beliau.

(GAMBAR) Tiz Zaqyah Zaman Sekolah Dulu, Tetap Terserlah Kecomelannya





Sememangnya Tiz Zaqyah daripada zaman sekolah dulu-dulu lagi dah terserlah kecomelannya. Cute mute sangat Tiz dalam gambar-gambar berbaju sekolah. Muka Tiz dulu dan sekarang lebih kurang je. Tak ada yang berubah sangat. Tetap nampak muda can cute-mute.






Lagi gambar Tiz Zaqyah zaman sekolah dulu dengan membaca entri ini sepenuhnya.






Proses Pembuatan Beg Tangan Kulit Daripada Kulit Ular..






Kampung Kapetakan, Ciribon wilayah Jawa Barat di Indonesia merupakan lokasi utama pembuatan beg tangan daripada kulit ular. Ular dewasa yang terpilih dari spesies tedung, sawa, batik merupakan antara spesis ular yang menjadi pilihan untuk di buat beg tangan kerana kulit ular ini tahan lama dan mempunyai corak yang cantik.






Sebagai permulaan, ular-ular akan di basuh dan kemudiannya akan di belah pada bahagian perut bagi mengeluarkan isi.



Ular ini kemudiannya akan di rendam dengan air suam bercampur dengan garam bagi membuang bau hanyir.


Setelah itu, ular-ular ini akan di salai di atas bara api dalam tempoh 13 ke 14 jam bagi mengeringkannya sebelum proses memisahkan kulit ular dilakukan.


Setelah selesai proses memisahkan kulit ianya akan di jemur seketika dan kemudiannya akan di hantar ke kilang untuk di jadikan beg tangan.






















Kos pembuatan beg tangan ular ini ialah di antara $USD 15 (Rm 55) sehingga $USD 31 (Rm 116) bergantung kepada saiz.

Muzium ‘Kematian’ di Thailand Yang Menyeramkan





Muzium Perubatan Siriraj, atau lebih terkenal dengan gelaran Muzium Kematian, adalah sebuah muzium perubatan yang terletak di Bangkok, Thailand. Ia adalah di Hospital Siriraj. Musium itu terdiri daripada beberapa buah muzium perubatan, termasuk Muzium Perubatan Forensik. Muzium ini dibuka kepada orang ramai, dan merupakan sumber yang berharga untuk kedua-dua profesional perubatan dan laypersons.






Muzium ini mempunyai koleksi besar pameran yang berkaitan dengan sejarah perubatan di Thailand. Muzium ini mengandungi enam pameran tetap, ditambah dengan pameran sementara. Enam bahagian dengan pameran tetap meliputi tentang Anatomi, Gangguan Kongenital, Patologi Forensic, Patologi, Perubatan Tradisional Thai dan Toksikologi. Pada tahun 2008, pameran sementara menonjolkan peranan Hospital Siriraj semasa tsunami 2004 yang melanda pantai barat Thailand dan negara-negara lain.








sharnaaz Ahmad Mengaku Dekati Pelakon Baharu, Anis Al-Idrus





Sharnaaz Ahmad





PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui model dan aktres iaitu Anis Al-Idrus merupakan wanita yang paling rapat dengannya ketika ini.




Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status perhubungan itu, namun menjelaskan mereka mula berkawan sejak beberapa bulan lalu.


"Sekarang ini saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebih-lebihan. Saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini.


"Apa yang boleh saya kata, kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu. Cuma sekarang ini hubungan itu lebih akrab," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.


Terdahulu, sebuah akhbar harian menerusi ruangan pojok melaporkan Sharnaaz dan Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, menjalinkan hubungan cinta selepas mereka sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sepanjang Ramadan lalu.


Bagaimanapun pasangan itu hanya mendiamkan diri apabila ditanya mengenai status hubungan mereka. Malah mereka enggan mengulas langsung berkaitan perkara itu.


Anis sebelum ini pernah membintangi beberapa drama seperti Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.



Anis Al-Idrus. Foto UTUSAN


Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia terpikat dengan Anis apabila melihat sikap wanita itu yang lemah lembut, mudah memahami dan pandai memikat hati keluarganya.


"Bayangkan, saya belum kenalkan dia kepada keluarga saya, tetapi dia sudah kenal dengan mereka apabila 'berkomplot' membuat kejutan pada hari lahir saya pada 30 Ogos lalu.


"Dan keluarga saya juga sangat menyenanginya. Senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilinganya," ujar Sharnaaz.


Dalam pada itu, ditanya adakah Sharnaaz mempunyai perancangan untuk melamar wanita itu, dia belum merancangnya lagi. Namun, Sharnaaz memberitahu, dia ingin melihat Anis lebih aktif di bidang lakonan memandangkan dia mempunyai bakat yang besar.


"Kalau boleh biarlah kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya pun mahu lihat dia lebih aktif dalam lakonan kerana dia boleh pergi jauh. Sayang kalau tidak gunakan bakat itu sebaik-baiknya.


Dalam perkembangan lain, Sharnaaz kini sibuk dengan penggambaran drama Kasih Dahlia bersama aktres Nelydia Senrose untuk siaran TV9 (slot Ratu) dan akan terlibat dengan penggambaran drama Suamiku Encik Sotong bawah produksi Global Station.

Malang.. Budak Berusia 10 Tahun Tersangkut Sejam Dalam Mesin Basuh






Kejadian ini berlaku di luar negara bukan di Malaysia. Dejannah yang berusia 10 tahun semasa sedang mengambil kain di dalam mesin basuh dipercayai terjatuh ke dalam mesin basuh itu kerana hilang keseimbangan. Namun kejadian ini menimbulkan rasa lucu Dejannah serta anggota penyelamat yang membantu mengeluarkannya.. Baca berita yang dikongsikan daripada mStar Online dibawah..






NEW YORK CITY: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa ‘berendam’ selama lebih sejam dalam mesin basuh selepas tergelincir dan terperangkap dalam alat itu.


Dejannah Price, 10, berkata dia hilang keseimbangan ketika membongkok untuk menarik keluar hamparan kecil dari mesin berkenaan.


Sebaik saja kejadian itu disedari ibunya, Diana Brown, wanita terbabit cuba mengeluarkan Dejannah tetapi gagal.


“Saya mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan Dejannah tetapi tiada satu pun yang berhasil. Akhirnya saya mengalah dan menghubungi polis,” katanya.


Kata Diana, walaupun anaknya ketawa terbahak-bahak kerana tersangkut dalam mesin basuh, dia tidak menganggap kejadian itu lucu.


Sementara itu, jurucakap polis Long Island berkata, sepasukan penyelamat dikejarkan ke rumah Diana tetapi sebelum memulakan tugas mengeluarkan Dejannah, mereka sempat ketawa kehairanan.


“Kami tertanya-tanya bagaimana budak berkenaan boleh termasuk ke mesin basuh itu,” katanya.


Jurucakap polis itu berkata, pada peringkat awal mereka juga gagal mengeluarkan Dejannah dari mesin itu dan terpaksa memecahkan alat berkenaan.


Dejannah pula bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Taman 'NERAKA' yang Menggerikan dan Menyeramkan Di Thailand..






Thailand terkenal dengan destinasi bercuti dengan pulau-pulaunya yang indah. Namun kali ini Thailand mempersembahkan destinasi pelancongan yang cukup unik iaitu Taman 'Neraka'. Taman ini bernama The Wang Saen Suk Hell Garden atau Thailand Hell Horror Park. Ini adalah sebuah destinasi pelancongan di Chonburi, Bangkok, Thailand. Taman ini memang menggambarkan keadaan di 'Neraka' dari sgi pengamatan mereka. Di pintu masuk para pelancong memang disambut dengan tulisan Selamat datang di 'NERAKA'. Selain itu yang lebih menyeramkan lagi adalah adanya adegan penyeksaan yang menakutkan seperti seksaan di neraka nanti.




Pelancong boleh melihat semua hukuman yang diberikan kepada manusia yang berdosa. Misalnya, patung yang menyerupai manusia itu direbus di dalam kuali bersalut tembaga. Ada juga hukuman manusia yang di makan hidup-hidup oleh anjing neraka serta ada juga patung yang kurus tulang rusuknya akan kelihatan menonjol. Bukan hanya siksaan yang dipaparkan namun banyak kata-kata bijak yang dipaparkan agar kita sentiasa beringat untuk mengelakkan daripada melakukan dosa..