Friday, 31 October 2014

Hukum Perkahwinan Bawah Umur Dalam Islam






Terdapat nas yang membolehkan perkahwinan dengan kanak-kanak di bawah umur sama ada daripada al-Quran, hadith dan ijma’.

Pertama: Daripada al-Quran



1. (Surah al-Talaq: 4)
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid.
Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa iddah perempuan yang dicerai apabila dia masih kecil atau belum haid.
Al-Baghawi berkata: “Perkataan (وَاللائِي لَمْ يَحِضْنَ), iaitu mereka yang kecil belum lagi haid. Maka iddah mereka, juga tiga bulan.” (Tafsir al-Baghawi: 8/152)
Ibn Qayyim berkata: “Iddah perempuan yang tiada haid ada dua jenis, iaitu kecil yang tiada haid dan besar yang sudah putus haid.”


2. Allah SWT menerangkan iddah kedua-duanya melalui firman-Nya: (Surah al-Talaq: 4)

Maksudnya: Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka iddahnya ialah tiga bulan, dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid.
Al-Hakim dan al-Baihaqi meriwayatkan di dalam sekumpulan perawi yang lain daripada Ubai Ibn Ka’ab, setelah turunnya satu ayat tentang iddah isteri beberapa orang penduduk Madinah mengatakan: “Antara iddah para isteri itu masih terdapat iddah-iddah yang tidak disebutkan di dalam al-Quran iaitu isteri yang masih kanak-kanak dan perempuan tua yang sudah berhenti haid serta perempuan-perempuan yang hamil.”
Lalu, turunlah firman Allah SWT dalam surah al-Nisa yang amat pendek iaitu sebahagian ayat sahaja.

Kedua: Sunnah

Maksudnya: Daripada Aisyah RAnha bahawa Nabi SAW mengahwininya sedangkan beliau berusia enam tahun dan bersama dengannya ketika berusia sembilan tahun. Kemudian hidup bersama Rasulullah SAW selama sembilan tahun. [Riwayat Bukhari (4840) dan Muslim (1422)]
Kanak-kanak yang kecil ini hendaklah dikahwinkan oleh ayahnya sahaja, bukan wali yang lain mengikut pendapat yang sahih di kalangan ulama’. Begitu juga, kanak-kanak tersebut tidak memiliki khiar apabila sudah baligh.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah Rahimahullah berkata: “Perempuan tidak sayugia bagi seseorang mengahwininya kecuali dengan izinnya, sebagaimana Rasulullah SAW perintahkan. Jika perempuan itu enggan dan benci, maka tidak boleh dipaksa untuk perkahwinan kecuali kanak-kanak kecil, yang mana bapanya boleh mengahwininya tanpa izin.” [Lihat Majmu’ al-Fatawa(32/39)]


Ketiga: Athar Sahabat
Diriwayatkan, ramai dikalangan sahabat berkahwin dengan kanak-kanak perempuan. Antaranya, Sayyidina Umar Ibn al-Khattab RA berkahwin dengan anak perempuan Sayyidina Ali RA yang pada masa itu masih kecil. Hal ini sabit dalam sejarah dan tarikh Khulafa’ al-Rasyidin.

Keempat: Ijma’
Terdapat ramai ulama’ menaqalkan ijma’. Antaranya:
Ibn Abd al-Bar berkata: “Ijma’ para ulama’ bahawa ayah boleh mengahwini anak perempuannya yang kecil tanpa bertanya pendapatnya dan Rasulullah SAW telah berkahwin dengan Aisyah, anak Abu Bakar RA, sedangkan dia kecil usianya, enam tahun atau tujuh tahun yang dikahwini oleh ayahnya.” [Lihat al-Istizkar (16/49-50)]
Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “Anak dara yang kecil boleh dikahwini oleh ayahnya secara ittifaq di kalangan ulama’ kecuali yang asing dan pelik.” [Lihat Fath al-Bari (9/239)]
Syeikh Sa’di Abu Jaib dalam Mausu’ah al-Ijma’ 3/1185 berkata: “Ulama’ ijma’ bahawa ayah boleh mengahwinkan anaknya yang kecil dan memaksanya. Dan ijma’ orang Islam bahawa ayah boleh mengahwini anak perempuannya yang kecil tanpa persetujuannya. Inilah ijma’ ahli Ilmi.”

Fatwa Ulama’
Lajnah Buhuth dan Ifta’ 8416/2009 menyebut: “Hal ini tidak lah bercanggah dengan syariat.
Dalam Mausu’ah Fatawa juga menyebut: “Ketika Rasulullah SAW berkahwin dengan Aisyah RAnha, usianya 50 tahun dan Aisyah pula berusia 6 tahun.”
Syeikh Jad al-Haq dalam Buhuth wa Fatawa al-Islamiyyah 2/133 menyebut: “Bahawa harus dikahwinkan kanak-kanak yang belum baligh sebagaimana pendapat jumhur”.
Syeikh al-Islam dalam al-Fatawa al-Kubra 3/79-80 berkata: “Jika yang meminang itu kufuk, maka hukumnya harus perkahwinan menurut yang paling asah dikalangan ulama’. Ia adalah mazhab Abu Hanifah dan Ahmad dalam masyhur pendapatnya. Ada pendapat yang menyatakan, perempuan tersebut boleh membuat pilihan apabila sudah baligh.”

(Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri)

Bila Neelofa Bergambar Di Katil Harga Hampir RM1 Juta








Ini adalah beberapa gambar yang baru dimuat naik oleh artis cun… Neelofa yang berada di pusat peranginan mewah Iniala Beach House, Phuket, Thailand.

Kalau ikut maklumat di instagram miliknya, Neelofa mengikuti sesi bergambar untuk majalah Hello Asia.

Iniala ni bukan calang-calang punya resort la kan… pernah dikunjungi artis popular seperti Kim Kardashian untuk berbulan madu.

Satu malam penginapan antara RM10,000 ke RM21,000 untuk villa dan bilik bermula pada harga sekitar RM6,000 satu malam.

Untuk villa, anda perlu sewa paling kurang 3 malam. Satu atau dua malam tidak dibenarkan.

Bermakna kalau anda memilih untuk lepak di villa paling murah di Iniala di luar musim puncak untuk minimum 3 hari… paling kurang anda perlu berbelanja RM25,000!

Kalau ambik rumah yang lagi mewah… lagi menjawab laaa ketebalan kertas kepala agung yang perlu dikeluarkan.

Sebab itu, penulis tak terperanjat bila Neelofa kata katil yang dia bergambar tu pun harga dia 200,000 Euro atau lebih kurang dalam RM1 juta! (gambar bawah)… Tapi tak pastilah kalau dia tersilap info pulak… namun boleh jadi itulah harganya.




Gila.. gila…gilaaa… apakah semua masalah kita akan hilang dan kita dijamin tidur nyenyak dia atasnya.. mungkin Neelofa leh kongsi pengalaman berbaring atas katil semahal itu.




5 Waktu tidur yang dilarang oleh Rasulullah SAW










1- Tidur selepas makan.

2- Tidur sepanjang hari.

3- Tidur selepas solat Subuh dan awal pagi.

4- Tidur pada waktu asar.

5- Tidur sebelum solat Isyak.


Nota :
Tidur dalam gambar ketiga yang dilarang oleh Rasulullah SAW
Kitab Mengapa Rasulullah SAW Tidak Mudah Sakit M/S : 44-46.
sumber blog peribadirasulullah

Al-Quran Di Rumah Angelina Jolie Demi Didikan Untuk Anak-anak






Pasangan selebriti dari Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt mengakui mereka telah memberikan pendidikan agama yang cukup buat anak-anak mereka.





Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja tetapi kesemua anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.
Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang wujud di dunia ini buat enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.


“Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan,” katanya.
Walau apa pun agama yang dipilih oleh anak-anaknya satu hari nanti, dia tidak akan sesekali membantah.

Thursday, 30 October 2014

10 Masjid Tercantik Di Dunia Edisi 2014 - Satu Daripadanya Terletak Di Malaysia



10). Masjid Kul Sharif, Kazan Russia









9). Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan



8). Masjid Sultan, Singapore



7). Masjid Baiturrahman, Bandar Aceh, Indonesia




6). Masjid Taj’ul, Bhopal, India





5). Masjid Omar Ali Saifuddin, Brunei




4). Masjid Zahir, Kedah Malaysia





3). Masjid Al Aqsa, Palestine





2). Masjid Al Nabawi, Madina, Saudi Arabia




1). Masjid Al Haram, Makkah, Saudi Arabia





WAWA TANPA DISEDARI !!! BANGUN PAGI, AIR MANI BERSEPAH ATAS BADAN !






PustakaKAJANG : Kejadian seorang (Wawa) wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol di rumahnya di Taman Tenaga di sini, Khamis lalu, mencetuskan tanda tanya berikutan berlaku tanpa disedari mangsa yang tidur.




Difahamkan, mangsa yang terjaga kira-kira jam 8 pagi terkejut apabila mendapati dirinya dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi cecair pekat keputihan dipercayai air mani.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa yang berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan tidak bertemu sesiapa malam sebelum kejadian.

“Mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja,” katanya.

Katanya, mangsa memberitahu ketika terjaga, seluruh badannya sakit dan keletihan selain sakit kepala menyebabkannya terus ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan.

– Metro

(3 Gambar) Selfie Paling Gila Terkini Gadis Di Jepun






Selebriti terkenal dari Jepun, Megumi Igarashi telah berjaya ditangkap polis setelah membuat selfie alat sulitnya. Imej tersebut yang sesuai untuk cetakan 3D dan dia menghantar maklumat mengenainya kepada 30 orang yang sanggup membantu membiayai ciptaannya, kayak berbentuk seperti faraj.



Polis mendakwa Megumi telah melanggar undang-undang antipornografi. Megumi dikatakan telah mengaut hampir 6000 Pound Sterling untuk karya peliknya itu.
Megumi Igarashi yang mempunyai nama samaran Rokudenashiko itu menyatakan yakin data tiga dimensi alat sulitnya itu bukan satu perbuatan lucah, dan dia tak menerima wang untuk gambar selfie itu.






“Saya membuat karya seni menggunakan faraj saya yang saya sebut dengan kata Manko. Saya fikir sungguh menarik boleh menghiasi faraj saya dan menggunakannya sebagai diorama. Namun, saya terkejut kerana ramai orang marah dengan karya saya, atau kerana saya menyebutnya Manko,” katanya.
Dia tidak mengerti mengapa masyarakat Jepun menganggap penggambaran atau penyebutan alat vital adalah hal tabu. Padahal, alat kelamin lelaki atau zakar dengan bebas digunakan sebagai ilustrasi dan sudah menjadi sebahagian budaya pop Jepun.

Wednesday, 29 October 2014

Gambar penampilan terkini Erin Malek dan Farriz Fauzy terlampau mengejutkan







Terpaku seketika melihat sekeping gambar penampilan terkini Erin Malek dan Farriz Fauzy selepas berkahwin yang nyata amat mengejutkan.



Manakan tidak, ketika pasangan ini bersanding minggu lalu, Erin Malek pernah dikecam akibat mengenakan gaun pengantin yang agak seksi.

Namun, perubahan cara Erin Malek dan Farriz Fauzy berpakaian sesuatu yang tidak disangka-sangka dan pasti menggembirakan hati ramai peminat mereka.


(11 Foto) kenapa TMJ tak pilih kak fazura













Gambar Mesra Fazura Dan Tengku Mahkota Johor







bila cinta dapat halangan dari mana2 ahli keluarga macam gini la akhirnya


Macam-Macam Gayale Remaja Sekarang - Aksi Tak Senonoh Pasangan Remaja Melayu Gila Selfie?


  

GALAK betul pasangan remaja ini yang sanggup berselfie sambil melakukan perbuatan yang tak senonoh. Bercium di tempat awam, kononnya mereka lah pasangan yang paling romantik. Tak sedar dosa pahala langsung!


Menggunakan laman sosial Instagram yang tidak diprivasikan, gambar itu dipercayai di ambil ketika pasangan itu bercuti di sebuah pulau di Pantai Timur. Seolah-olah bangga dengan perbuatannya, dia juga tanpa segan silu memuat naik gambar-gambarnya yang hanya berbikini. Feeling Minah Salleh sungguh!

Sudahlah melakukan aksi mengaibkan, lebih memalukan apabila ditegur, remaja perempuan itu cuba menegakkan benang yang basah seolah-olah aksi mereka ni tak salah langsung. Sebaliknya, yang menegur itu pula dicari kesalahannya.

Antara yang ditanya oleh seorang ‘follower’ itu samada dia seorang Islam atau tidak. Tetapi remaja perempuan ini seolah-olah mengelak dengan bertanyakan soalan yang sama kepada ‘follower’ yang dikenali dengan nama @gongzhu_puteri.


Mungkin dia tahu yang orang akan menegur tentang aksinya yang tidak sopan itu, remaja itu memberi kenyataan balas yang bermaksud “dia tidak kisah apa orang nak kata sebab kubur masing-masing!”



Amboi dek, sombong betul bila ditegur. Sebab kubur lain-lainlah orang nak tegur sekarang. Kalau kubur kita sekali boleh juga tolong mana yang patut!

Takpelah, orang tegur sebab ambil berat. Moga mereka ini diberi hidayah untuk bertaubat. Amin…

Siswi Bertudung Labuh Tetapi Apakan Daya.... Twitter Milikinya Dipenuhi Gambar Lucah Sendiri!




Bila ada yang berkata ‘untuk apa pakai tudung tapi buat dosa maksiat’ maka ia adalah satu kenyataan salah.


Ini kerana dosa melakukan maksiat dan dosa tidak menutup aurat adalah dua hal berbeza.

Begitu pun apabila sudah mengenakan tudung yang membawa imej seorang perempuan beragama Islam, maka pikullah tanggung jawab itu sebaiknya.

Jika tidak ia boleh dikira menjatuhkan maruah agama suci ini apatah lagi diri sendiri.

Inilah yang boleh dikatakan terhadap tindakan seorang remaja yang gemar memuat naik gambar bogel di laman sosial namun tudung kepala tidak pula ditanggalkan.






Pemeriksaan di satu akaun Twitter mendapati gadis ini bukan sahaja kerap memuat naik gambar bogelnya tetapi tidak segan silu berkongsi gambarnya bersama rakan-rakan kolej.

Jangan terkejut, gadis ini dipercayai menuntut di sebuah institusi keagamaan dan memakai tudung labuh siap berjubah dalam kehidupan seharian!





Malah kalau dilihat wajahnya ketika berpakaian lengkap yang kelihatan begitu muda dan naif tiada siapa akan sangka sisi liarnya begitu dahsyat sekali.



Tidak sekadar mempamerkan bahagian sulitnya yang sah-sah berdosa remaja ini turut memuat naik kapsyen yang terpesong dan merendahkan martabat seorang muslimah.





Di mana silapnya sampai jadi begini..

Kalau pun akaun Twitter ini adalah kerja individu tertentu yang mahu mendajalkan remaja ini, persoalan utamanya adalah mengapa begini banyak selfie bogel diambil olehnya – untuk apa?

Apa yang menyedihkan ada antara gambar gadis ini telah dikongsikan di laman sosial hingga menjadi bahan ketawa orang bukan Islam.

Sudah tentu kita tidak boleh menyalahkan mereka apabila penganut Islam seperti remaja ini sendiri telah membuka ruang untuk agamanya dihina. Mudah-mudahan, tiada gadis tempatan kita tergamak berkelakuan tidak tahu malu sampai tahap seperti ini.

Remaja Perempuan Ni Bangga Kongsi @Facebook Ambil Dadah Untuk ‘Goyang’ Sama Kepala?



Nampaknya meneliti laman sosial anak-anak muda zaman sekarang pun dah cukup memberitahu kita betapa parahnya masalah moral masa kini.


Nampak sangat akal tak cukup panjang, sesetengah mereka sudahlah melakukan perkara bangang kemudian selamba pula memberitahu dunia menerusi Facebook,
Twitter, Instagram dan sebagainya tentang perbuatan mereka itu tanpa malu dan was-was.

Antaranya termasuk memuat naik gambar intim dengan kekasih di hotel, kongsi video merayu cinta sampai maruah di tahap sampah, tunjuk bukti baru lepas toreh tangan kerana frust, berkucup sesama jantina dan banyak lagi.

Remaja perempuan yang ini pula selamba menguar-uarkan bahawa dia mengambil dadah macamlah pil yang dimakan itu cuma gula-gula menerusi status di
Facebook berbunyi:




“Malam tadi kecundang dah tak boleh nak goyang, lepas makan pil terus function otak aku.. thanks abang..”

Thanks? Untuk pengetahuan adik ini kalau dia terus menjadikan amalan ambil pil untuk goyang, lama kelamaan memang otak kau takkan function terus dik!

Panas... Pengakuan Isteri Yang Gersangg Dan Tidak Tahan Digoda!!!


 




Perkongsian kisah masyarakat...


SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) bersama tiga anaknya di ibu kota meneruskan kehidupan seperti biasa. Faktor tidak biasa dengan cuaca terlalu sejuk membuatkan Zamira memilih membesarkan anak-anak di negara tercinta sahaja.
Jika sebelum ini dia hanya menjadi suri rumah sepenuh masa, Zamira juga memilih untuk bekerja bagi menghilangkan rasa bosan di rumah.



Wanita berusia 31 tahun ini akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi.


Anak-anaknya berusia lingkungan lima hingga lapan tahun juga sudah mula ke sekolah, dek kerana cita-cita tertangguh dahulu, Zamira turut mendaftarkan diri sebagai pelajar sambilan di sebuah universiti tempatan mengambil jurusan pentadbiran perniagaan.


Hidup Zamira memang penuh dengan aktiviti, setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 7 malam dia akan berada di pejabat.


Bila balik pula dia menguruskan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah esok hari dan hujung minggu pula Zamira menghadiri kelas menuntut ilmu di peringkat ijazah.


“Suami memang ada menyarankan saya memenuhi masa supaya saya tidak akan rasa bosan dan merinduinya. Memang semenjak bercinta kami tidak pernah berenggang dan langsung tidak pernah berpisah walau untuk sehari.


“Jadi setelah suami ditugaskan ke luar negara sesuatu yang amat sukar bagi saya melepaskannya. Atas sebab itu saya disuruh suami menyambung pelajaran dan bekerja supaya ada rakan-rakan yang dapat menghiburkan hati," cerita Zamira di awal pertemuan kami.


Mujurlah juga Zamira mempunyai seorang pembantu rumah yang baik hati dan jujur jadi Zamira tidak mempunyai tekanan memikirkan keadaan rumah dan anak-anaknya di rumah.


Dek kerana jauh, suami Zamira hanya akan pulang ke tanah air kira-kira lima bulan sekali. Kerinduan Zamira dan anak-anak pada suami dilepaskan semata-mata menerusi internet atau panggilan video.


“Hampir setahun suami berkhidmat di sana saya semakin boleh mengadaptasi kehidupan tanpanya. Kalau dulu saya tidak boleh memandu, kini saya sudah berjaya memiliki lesen memandu dan suami juga membelikan saya sebuah kereta mewah semata-mata untuk menggembirakan hati saya yang berkorban menjaga anak-anak sepanjang peninggalannya ke luar negara.


“Semakin seronok saya bergaya dengan kereta dan kerjaya yang memerlukan interaksi dengan orang ramai. Hingga pada satu hari saya bertemu dengan seorang pelanggan lelaki yang berusia dalam 30 tahun. Pada awalnya hubungan sekadar pelanggan, lama-lama kami berkawan pula. Dia mengajak saya keluar minum dan tanpa ragu saya menerima pelawaan," imbas Zamira.


Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti, Zamira mengakui jiwanya begitu kosong tanpa teman yang bernama lelaki. Bila semakin lama suaminya di luar negara, perasaan kebergantungan menjadi semakin nipis dan Zamira kini sungguh berdikari.


“Walaupun baru dua kali keluar minum dengan Irfan (bukan nama sebenar), saya tidak mampu menidakkan rasa hati. Saya tahu saya mula sukakannya, bukan bermakna saya mahu bercerai dengan suami, tapi saya menganggap Irfan teman di kala sunyi semata-mata dan tidak lebih dari itu.


“Irfan bukanlah jejaka persis hero tempatan tapi bagi saya dia mempunyai daya tarikan tersendiri. Walaupun dia lebih muda dua tahun dari saya, kematangannya terserlah. Pengetahuan amnya juga luas, dari perbualan dengannya saya tahu dia seorang yang kuat membaca.


“Paling saya tertarik dengannya ialah sikapnya yang sungguh mengambil berat. Satu hari kereta saya rosak, Irfan pantas datang menghulur bantuan, perasaan saya padanya semakin hari semakin kuat hinggakan saya lebih banyak berSMS dengannya daripada suami sendiri," akui Zamira.


Dua bulan berlalu selepas mengenali Irfan, Zamira merasakan kehidupannya sungguh ceria. Jiwanya rasa seakan gadis yang baru mula mengenali erti cinta, satu perasaan yang mengujakan Zamira setiap hari dan dia bersemangat ke pejabat semata-mata untuk makan tengah hari bersama Irfan.


Tersedar dari khayalan
Kemesraannya dan Irfan menyebabkan Zamira ada terdetik di hati untuk berkahwin dengan Irfan. Dia mula merancang strategi mencari alasan berpisah dengan suami. Hinggalah pada satu hari anak sulung Zamira diserang demam denggi, betapa paniknya Zamira kerana terpaksa menguruskan anaknya di hospital seorang diri.


“Di hospital melihat begitu ramai orang sakit, sayu pula hati saya. Makin saya terharu melihat pengorbanan seorang ibu yang menjaga anak dan suami yang sakit di hospital. Begitu tabah ibu itu yang usianya seakan kakak saya sahaja. Berkongsi cerita dengan kakak tersebut, umpama menyedarkan saya daripada khayalan sendiri.


“Ketika itu saya mula mengenang kesilapan diri, betapa jauh saya terlanjur walau tidaklah sampai berdua-duaan dengan Irfan di tempat sunyi tapi saya merasa seakan besar beban dosa yang saya tanggung.
“Ketika menjaga anak di hospital, Irfan ada beberapa kali menghubungi tapi saya tiada hati untuk menjawabnya. Kepada suami saya adukan kegusaran hati tentang anak yang sakit dan akhirnya saya sedar kekhilafan diri.


“Saya mengelak berhubung dengan Irfan dan akhirnya saya memilih untuk berhenti kerja. Saya menukar nombor telefon dan memutuskan hubungan dengan Irfan walaupun di laman sosial. Sementara menunggu notis berhenti, anak saya juga semakin sihat dan pembantu rumah saya juga mahu berhenti kerja kerana akan bernikah.


“Bagaikan satu hikmah yang terbaik disusun yang maha pencipta, saya akhirnya kembali kepada fitrah seorang isteri. Biarpun sudah berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga saya rasa puas kerana dapat berbakti untuk suami.


“Suami saya tidak pernah mengetahui tentang apa yang telah terjadi dan menerima keputusan saya dengan hati terbuka, itulah yang terbaik untuk kami," ujarnya mengakhiri bicara.- Sumber

Jom Tengok?...Pasangan Selebriti-Selebriti Yang Terkenal, Bergaya Lagi Berjaya Serta Hollywood terkaya



 


Secara individu, mereka ini sudah cukup kaya dan berjaya dalam karier masing. Namun apabila mereka saling bertemu dan menjadi pasangan, harta kekayaan mereka bertambah dengan berlipat ganda.


Menurut majalah perniagaan Forbes, berikut adalah lima pasangan paling kaya untuk tahun 2012 (Mei 2011 – 2012).

1. Beyonce Knowles & Jay-Z



Pasangan muzik paling terkenal di dunia ini mempunyai pendapatan bersama sejumlah AS$78 juta (RM238.5 juta) iaitu AS$40 (RM122.3 juta) juta milik Beyonce melalui koleksi Dereon, iklan L’Oreal, DirecTV dan banyak lagi, manakala baki AS$38 juta (RM116.2 juta) milik Jay-Z yang dijana daripada konsert jelajah “Watch The Throne” dan pelaburannya).

Bagaimana mereka membelanjakannya? Menyewa rumah di Hamptons bernilai AS$400,000 (RM1.22 juta) selama sebulan atau mungkin juga membeli hadiah sesama sendiri, seperti hadiah Beyonce kepada suami tercinta pada tahun 2010 - sebuah kereta Bugatti Veyron Fbg par Hermes untuk harijadi ke-41 Jay-Z yang bernilai AS$2.4 juta (RM7.33 juta).

2. Gisele Bundchen & Tom Brady




Bintang quarterback futbol New England Patriots, Tom Brady dan isterinya, supermodel Gisele Bundchen memiliki pendapatan bersama AS$72 juta(RM235.45 juta) iaitu AS$45 juta (RM137.6 juta) milik Bundchen dan AS$27 juta (RM82.56 juta) milik Brady melalui kontrak dengan NEP selama empat tahun, juga sebagai model jenama UGG Boots dan Under Armour.

Mereka mungkin memerlukan jumlah itu untuk menguruskan rumah agam mereka di Brentwood yang memakan kos sebanyak AS$20 juta (RM61.15 juta).

3. David Beckham & Victoria Beckham




Bintang bola sepak dan fashionista ini mempunyai gabungan pendapatan berjumlah AS$54 juta (RM165.1 juta) dengan sebahagian besarnya dijana oleh David sendiri selepas menandatangani semula kontrak bersama LA Galaxy selain menjadi model Burger King, Sainsbury's dan Samsung iaitu AS$46 juta (RM140.66 juta) manakala Victoria pula memiliki nilai kekayaan AS$8 juta (RM24.4 juta) yang dihasilkan melalui jenama fesyennya dan royalti daripada album Spice Girls. Memiliki beberapa rumah agam seperti Beckingham di UK, rumah agam mereka di Beverly Hills dan ladang wain Victoria di Lembah Napa, pasangan ini memang pandai berbelanja besar dan mencari jalan untuk membayar semuanya!

4. Brad Pitt & Angelina Jolie




Pasangan terkenal Hollywood ini berada di tempat keempat dengan gabungan pendapatan sebanyak AS$45 juta (RM137.6 juta). Pitt mendapatkan hasil sebanyak AS$25 juta (RM76.44 juta) daripada filemnya, “Moneyball” dan “Tree Of Life”, sementara Jolie pula menjana pendapatan melalui filem dan juga menjadi jurucakap jenama seperti Louis Vuitton.




5. Will Smith & Jada Pinkett Smith




Antara pasangan yang paling lama bertahan di Hollywood, mereka memiliki pendapatan bersama 2012 sebanyak AS$40 juta (RM122.3 juta), iaitu AS$30 juta (RM91.73 juta) datang daripada Will Smith yang kembali ke layar perak melalui “Men In Black 3” dan “After Earth”.

Sementara itu, Jada pula mengaut hasil daripada lakonan suaranya melalui animasi “Madagascar 3: Europe’s Most Wanted” dan pelaburannya dalam Carol’s Daughter, produk kecantikan yang dihasilkan oleh Lisa Price, di mana Jada juga bertanggungjawab sebagai jurucakapnya.